+6016-381 4497 puchongsunway@gmail.com

Kedai Baiki Cermin Kereta

Kedai Baiki Cermin Kereta

Puchong Sunway Auto Glass Specialists (PSAG) merupakan sebuah kedai baiki cermin kereta retak yang sudah pun bertapak selama
lebih dua dekad di Pusat bandar Puchong. Encik Lim Jui Ching menjadi figura penting selaku individu yang mengasaskan PSAG pada tahun
2003. Sejak daripada itu, ramai pemilik kenderaan di sekitar Lembah Klang yang tidak berhenti menggunakan pelbagai perkhidmatan
daripada PSAG. Tidak mustahil juga bilangan tersebut akan semakin bertambah pada masa akan datang. Nama PSAG sering disebut-sebut
dalam beberapa forum maya yang disertai oleh kelab permotoran sebagai kedai baiki cermin kereta wajib kunjung.

Di PSAG, kami beroperasi berlandaskan kepada tiga prinsip utama: kualiti, bantuan serba pantas, dan harga berpatutan. Hal ini adalah amat penting bagi memastikan setiap cermin hadapan kenderaan yang dibaiki atau diganti berada dalam keadaan lebih baik secara beransur-ansur. Demi mencapai matlamat sebegini, kebajikan para petugas di kedai baiki cermin kereta kami dipandang berat agar komitmen dan kesungguhan mereka kekal pada tahap terbaik sepanjang masa.

 

Kenapa Anda Harus Memilih Servis Kami?

 

Baiki cermin kereta retak

Dengan menjadikan PSAG sebagai pilihan utama apabila mencari kedai baiki cermin kereta retak berhampiran, anda akan menikmati segala macam manfaat yang mungkin agak sukar untuk ditemui di kedai-kedai lain, terutamanya jika kenderaan anda memerlukan bantuan segera di sekitar kawasan Puchong. Antara kelebihan PSAG yang paling istimewa ialah bekalan bahan bermutu tinggi. Kami bekerjsama dengan pengilang bertauliah agar kaca yang digunakan mematuhi piawaian semasa. Tambahan pula, setiap urusan baik pulih dan penggantian di PSAG dikendalikan oleh para juruteknik berkemahiran. Melalui inisiatif seperti ini, anda tidak perlu khuatir dengan ketahanan cermin di sekeliling kenderaan kerana kami menawarkan waranti sehingga dua tahun.

Tidak cukup dengan itu, khidmat pelanggan cemerlang yang kami tawarkan seharusnya tidak dipandang mudah. Sebaik sahaja anda menghantar kenderaan untuk diperiksa cerminnya, iltizam kami adalah agar anda berpuas hati dengan hasil kerja yang diusahakan. Selain itu, tidak banyak kedai baiki cermin kereta retak di luar sana yang mampu menyaingi kadar mesra pengguna di PSAG. Harga bagi perkhidmatan kami ditetapkan berdasarkan kehendak ramai supaya tidak menjadi beban kewangan kepada sesetengah pelanggan yang belum berkemampuan. Tidak ketinggalan, PSAG amat dipuji oleh kebanyakan pelanggan terdahulu atas ketepatan masa dan kepantasan dari segi penghantaran kenderaan yang sudah siap dibaiki.

Kedai Baiki Cermin Kereta Retak

Adakah anda berdepan dengan masalah cermin hadpaan kenderaan yang merekah dan perlu dibaiki segera! Usah khuatir! Segala pertolongan yang anda perlukan ada di Puchong Sunway Auto Glass Specialists, kedai baiki cermin kereta pilihan ramai. Kunjungi sahaja cawangan utama kami di Pusat Bandar Puchong dan biar kami uruskan semuanya demi keselesaan anda.

Hubungi Kami

Get In Touch

Not sure what kind of services you’re getting for your auto glass issues? No worry, just give us a call at +6016-3814497 & let us know what’s the problem!